Remaja mengamuk guna pisau gara-gara ibu enggan beli 'skincare'

Remaja perempuan amuk dengan memegang pisau selepas ibunya tidak membeli alat solek. Agensi
Remaja perempuan amuk dengan memegang pisau selepas ibunya tidak membeli alat solek. Agensi
A
A
A

JAKARTA - Seorang remaja perempuan 'naik minyak' dengan mengancam ibunya menggunakan pisau gara-gara tidak membelikannya alat penjagaan kulit atau skincare dalam kejadian di Pemalang, Jawa Tengah.

Ketua Polis Daerah Pemalang AKBP Eko Sunaryo berkata, selepas menerima maklumat, pihaknya bersama ketua agama telah bergegas menuju ke rumah remaja tersebut.

“Dalam kejadian itu, anggota polis memberikan nasihat kepada anak tersebut agar tidak mengulangi perbuatannya,” kata Eko dalam keterangannya.

Eko mendedahkan bahawa semasa sesi pertemuan itu, ibu-bapanya juga menyatakan bahawa mereka tidak akan membawa kes itu untuk diambil tindakan undang-undang.

Perkara ini turut dinyatakan dalam surat kenyataan yang dibuat oleh ibu bapa remaja itu.

“Memang benar, kedua-dua ibu bapa berkata mereka tidak akan membawa perkara itu ke tindakan undang-undang, dan mereka merancang untuk membawa anak mereka ke pakar psikiatri untuk kaunseling,” katanya.

Tambahnya, pihaknya akan kerap mengunjungi kediaman remaja tu bagi mengelak kejadian sama supaya tidak berulang.

Sementara itu, Ketua Perhubungan Awam Polda Jawa Tengah, Komisioner Artanto, turut mengesahkan kes itu telah selesai dan berakhir secara bak.

Artikel Berkaitan:

“Kes itu telah diselesaikan oleh pegawai kampung, ketua masyarakat dan polis,” katanya.

Dalam video tular seorang remaja perempuan memegang pisau yang mengancam menyerang sesiapa yang mendekatinya. Ibunya kelihatan cuba memukul tangan anaknya dengan kayu bagi menjatuhkan pisau terbabit. - Agensi

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!