Zionis terus perhebat operasi ganas di Tebing Barat

Zionis tanpa perikemanusiaan mengebom sejumlah struktur termasuk kediaman penduduk Palestin di kem pelarian Jenin pada akhir minggu lalu. - Foto Agensi
Zionis tanpa perikemanusiaan mengebom sejumlah struktur termasuk kediaman penduduk Palestin di kem pelarian Jenin pada akhir minggu lalu. - Foto Agensi
A
A
A

RAMALLAH - Sekurang-kurangnya 50 anggota pejuang Palestin gugur syahid dalam tempoh lebih dua minggu selepas rejim Zionis melancarkan Operasi Tembok Besi di Tebing Barat.

Kempen pencerobohan ganas itu turut menyaksikan lebih 20 struktur termasuk bangunan kediaman di kem pelarian Jenin dibom Pasukan Pertahanan Israel (IDF) pada akhir minggu lalu.

Kementerian Luar Palestin dalam satu kenyataan mengutuk kezaliman Israel kerana membinasakan kawasan kejiranan yang besar.

Sementara itu, beberapa saksi mendakwa IDF telah mengerahkan pasukan besar untuk mengepung bandar Tubas dan Tamun di tenggara Jenin selepas operasi tersebut menyasarkan bandar tersebut yang kononnya didakwa sebagai markas kumpulan pejuang Palestin.

Wartawan AFP mengesahkan Zionis turut menyekat laluan berhampiran kem pelarian Faraa selain sejumlah dron berlegar-legar di ruang udara untuk mengawasi pergerakan penduduk.

Terdahulu, IDF mengumumkan 'unit taktikal' telah memulakan operasi di sekitar Tamun untuk menyasarkan kumpulan pejuang Palestin di lima perkampungan. - AFP

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!