Lelaki sesat daki Gunung Yong Yap ditemui dalam kebun getah

Mangsa ditemukan sekitar jam 10 pagi pada Isnin oleh orang awam di kawasan kebun getah dekat Pos Kuala Mu, Sungai Siput. - Foto Bomba Perak
Mangsa ditemukan sekitar jam 10 pagi pada Isnin oleh orang awam di kawasan kebun getah dekat Pos Kuala Mu, Sungai Siput. - Foto Bomba Perak
A
A
A

SUNGAI SIPUT - Seorang lelaki dilaporkan hilang selepas sesat ketika melakukan aktiviti mendaki Gunung Yong Yap pada Ahad ditemui selamat.

Mangsa dikenali Ilhami Mohd Idris, 22, beralamat dari Seri Kembangan, Selangor ditemukan sekitar jam 10 pagi pada Isnin oleh orang awam di kawasan kebun getah dekat Pos Kuala Mu di sini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, maklumat kejadian itu diterima dari Balai Polis Sungai Siput pada jam 11.42 malam.

Menurutnya, daripada laporan diberikan, mangsa menyertai pendakian secara berkumpulan seramai 16 orang melalui laluan Pos Kuala Mu.

"Ketua pendaki memaklumkan mangsa didapati hilang semasa membuat pemeriksaan selepas menuruni bukit di Kem Site Sungai Chinak pada jam 6 petang.

"Pasukan pendaki bersama lima malim gunung telah membuat pencarian hingga ke puncak Gunung Yong Yap, namun tidak menjumpai mangsa," katanya dalam kenyataan di sini pada Isnin.

Mangsa dilaporkan hilang dipercayai sesat ketika menyertai pendakian secara berkumpulan seramai 16 orang melalui laluan Pos Kuala Mu. - Foto Bomba Perak
Mangsa dilaporkan hilang dipercayai sesat ketika menyertai pendakian secara berkumpulan seramai 16 orang melalui laluan Pos Kuala Mu. - Foto Bomba Perak

Beliau berkata, satu laporan polis kemudiannya dibuat pada jam 10.03 malam oleh ketua pendaki bersama peserta lain bagi membantu mengesan mangsa yang hilang.

Katanya, pencarian mangsa dimulakan pada jam 7.30 pagi bersama agensi pasukan keselamatan lain yang terlibat.

Artikel Berkaitan:

"Mangsa ditemui selamat oleh orang awam telah dibawa ke pasukan bomba pada jam 10.26 pagi," katanya.

Gunung Yong Yap terletak bersempadanan antara Perak dan Kelantan ini mempunyai ketinggian 2,167 meter, merupakan antara tujuh gunung tertinggi di Semenanjung Malaysia atau dikenali sebagai G7 dalam kalangan pendaki tempatan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!