Fenomena 'laut terbelah'

A
A
A
Fenomena unik 'laut terbelah' menarik perhatian lebih 2,000 pengunjung yang datang ke Coral Beach Teluk Nipah seawal pagi tadi.

Fenomena 'laut terbelah' yang cuma berlaku setahun sekali ini terjadi apabila air laut surut sehingga 0.1 meter dan berlaku hasil pembentukan beting pasir di Coral Beach, Teluk Nipah.

Pembentukan 'laut terbelah' itu membolehkan pengunjung berjalan kaki sepanjang 400 meter di atas beting pasir sehingga ke Pulau Giam.

Pada tahun ini, fenomena tersebut berlaku selama tiga hari berturut-turut iaitu pada Jumaat (31 Jan) Sabtu (01 Feb) dan Ahad (02 Feb) 2025.
Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!