Polis cekup penganggur pukul warga emas

Laporan Sinar Harian berhubung kejadian nenek baru kematian suami dipukul setengah mati. Gambar kecil: Azharudin
Laporan Sinar Harian berhubung kejadian nenek baru kematian suami dipukul setengah mati. Gambar kecil: Azharudin
A
A
A

KUALA SELANGOR - Seorang penganggur diberkas bagi membantu siasatan kes wanita warga emas yang cedera ditumbuk selepas rumahnya di Kampung Pasir Tuntong di sini diceroboh pada Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintenden Azharudin Tajuddin berkata, polis berjaya menahan lelaki berusia 34 tahun itu di tepi jalan sekitar bandar Kuala Selangor pada jam 7.45 pagi Sabtu.

Menurutnya, suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis (IPD) Kuala Selangor bagi siasatan dan tindakan lanjut.

"Permohonan reman ke atas lelaki itu akan dibuat bagi proses siasatan lanjut," katanya ketika dihubungi pada Sabtu.

Beliau memberitahu, kes itu disiasat mengikut Seksyen 447/ 323 Kanun Keseksaan kerana menceroboh rumah dan mencederakan mangsa.

Sinar Harian Khamis lalu melaporkan, polis giat memburu seorang lelaki dipercayai dapat membantu siasatan kes seorang wanita berusia 73 tahun mengalami kecederaan selepas ditumbuk seorang lelaki yang menceroboh rumahnya di Kampung Pasir Tuntong, Bukit Rotan, di sini pada Selasa.

Wanita yang baharu kematian suami pada 1 Januari lalu parah selepas didakwa dipukul seorang lelaki dikenalinya dan menerima rawatan di Hospital Tanjong Karang.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!