Ikan Bilis Mata Biru

No Image Caption
A
A
A
Nelayan melakukan proses pengeringan ikan bilis mata biru ketika tinjauan Bernama di perairan Pulau Pangkor baru-baru ini.

Sinonim dengan teksi merah jambu, Pulau Pangkor juga dikenali dengan hasil lautnya, terutama ikan bilis mata biru.

Bagi pelancong domestik khususnya, tidak sah kunjungan ke destinasi peranginan bebas cukai ini jika tidak membawa pulang hasil laut itu, baik sebagai buah tangan ataupun untuk kegunaan sendiri.

Antara keistimewaan ikan bilis itu berbanding bilis lain ialah tidak perlu dikopek sebelum dimasak.

Ia juga memiliki rasa kurang masin serta rangup, ikan bilis ini turut sesuai dijadikan perencah untuk pelbagai jenis masakan lain.
Artikel Berkaitan:


Selepas tiba di jeti pendaratan, ikan bilis terbabit akan dikeringkan di atas pelantar khas dan proses ini mengambil masa sekurang-kurangnya sepuluh jam.

Tentang harga pula, secara lazimnya ia bergantung pada gred dan kualiti yang dianggarkan antara RM5 hingga RM20 per 100 gram ikan bilis. Foto: Bernama

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!