Jonker Walk 2.0 hanya cadangan

Chee Leong (tengah) ketika ditemui di Jalan Hang Tuah di sini, pada Jumaat.
Chee Leong (tengah) ketika ditemui di Jalan Hang Tuah di sini, pada Jumaat.
A
A
A

MELAKA – DAP Melaka tetap dengan cadangannya untuk mewujudkan pasar malam berkonsepkan Jonker Walk di Hang Tuah Mall.

Setiausahanya yang juga Ahli Dewan Undangan (ADUN) Kota Laksamana, Low Chee Leong berkata, meskipun cadangan tersebut didakwa telah disalah tafsirkan oleh pembangkang sehingga menjadi kontroversi namun tujuan utama untuk memberi limpahan rezeki kepada peniaga tempatan.

Chee Leong
Chee Leong

Menurutnya, kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini adalah mahu cadangan itu menggunakan konsep pasar malam seperti di Jonker Walk untuk dibawa ke lokasi berkenaan.

"Cadangan saya jenama Jonker Walk 2.0 dibawa ke Jalan Hang Tuah ini untuk merancakkan ekonomi.

"Bukannya saya mahu tukar nama atau tutup jalan ini daripada nama asalnya, Jalan Hang Tuah yang sebelum ini terkenal antara Bazar Aidilfitri yang terpanjang setiap kali Ramadan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Jalan Hang Tuah, di sini, pada Jumaat.

Jelas beliau, tidak timbul isu kawasan yang majoriti peniaga bumiputera itu akan diambil alih oleh kaum lain kerana cadangan pembangunan di kawasan berkenaan telah diputar belitkan oleh pihak tertentu yang mengambil kesempatan di musim perayaan ini.

"Tidak timbul isu perkauman kerana perniagaan ini terbuka kepada semua peniaga yang mahu berdaya saing sama ada Melayu, Cina atau India jadi," katanya lagi.

Tambah beliau, pihak berkenaan dinasihatkan tidak cepat melatah kerana idea itu baharu di peringkat cadangan dan mana-mana persatuan atau badan bukan kerajaan (NGO) diminta mengemukakan kertas kerja kepadanya selain turut melibatkan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Morten.

Artikel Berkaitan:

Media sebelum ini melaporkan cadangan DAP untuk mewujudkan Jalan Jonker 2.0 di Jalan Hang Tuah.

Chee Leong berkata, cadangan itu susulan kejayaan pasar malam yang turut mendapat jolokan 'China Town' di Jalan di Hang Jebat sejak 25 tahun mendapat perhatian pelancong dari serata dunia.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!