X

Kindly register in order to view this article
!

Khamis | 30 Jun 2022

Protes ganas di Ukraine gara-gara e-mel palsu Covid-19

Kumpulan penunjuk perasaan itu turut membaling pelbagai objek ke atas bas yang membawa lebih 70 individu yang dipindahkan dari bandar Wuhan semalam. - Foto AGENSI
A
A

KIEV - Puluhan penunjuk perasaan di Ukraine menyerang enam bas yang membawa 45 rakyat tempatan dan 27 warga asing yang dipindahkan dari kawasan terjejas koronavirus (Covid-19) di China semalam.

Kesemua mereka dibawa ke spa kesihatan di Novi Sanzhary di wilayah Poltava untuk menjalani kuarantin selama 14 hari.

Perkhidmatan Keselamatan Ukraine (SBU) memaklumkan, protes ganas itu tercetus selepas e-mel palsu kononnya memaparkan kenyataan dikeluarkan Kementerian Kesihatan yang mendakwa beberapa individu tersebut disahkan positif Covid-19.

Susulan insiden itu, SBU telah melancarkan siasatan terhadap penyebaran maklumat palsu tersebut.

Sebagai tanda solidariti dengan kumpulan yang dipindahkan itu, Menteri Kesihatan, Zoryana Skaletska berkata, beliau juga sedia menyertai langkah kuarantin tersebut dan akan bertugas menerusi Skype.

“Saya berharap kehadiran saya dapat menenangkan mereka di Novi Sanzhary dan seluruh rakyat,” ujarnya menerusi Facebook.

Ketika demonstrasi tersebut, tentera turut mengerahkan kenderaan perisai ke laluan bas tersebut untuk membuka semula sekatan yang dibuat kumpulan terbabit.

Sehingga kini, Ukraine belum merekodkan sebarang kes jangkitan Covid-19 yang berasal dari bandar Wuhan di wilayah Hubei. - Agensi


Jangan lupa follow kami di Instagram, Telegram dan TikTok
Dapatkan laporan yang lebih eksklusif dan kritis, sila layari Sinar Premium
Artikel ini ialah © 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang

Newsletter

Berita Telus & Tulus hanya untuk anda setiap hari. Langgan Sekarang!