[VIDEO] Afdlin nafi terlibat salah laku perolehan projek DBKL

A
A
A

SHAH ALAM - Ahli Lembaga Penasihat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Datuk Afdlin Shauki menangkis dakwaan berhubung salah laku dalam perolehan projek di bawah pihak berkuasa tempatan (PBT) itu.

Beliau yang juga pelakon dan pengarah mendakwa ada pihak sengaja memainkan agenda bagi memburukkan namanya.

"Baru-baru ini, tular hantaran dalam Telegram yang cuba mengaitkan saya dengan tuduhan salah laku dalam perolehan satu projek di bawah naungan Datuk Bandar Kuala Lumpur.

"Pertama sekali, saya menafikan sekeras-kerasnya terdapat apa-apa unsur salah laku dalam perolehan projek ini.

"Agenda pihak ini hanya didorong oleh perasaan hasad dengki dan dendam tidak bertempat," tulisnya menerusi entri di Instagram pada Jumaat.

Afdlin menerusi entri di Instagram menafikan dakwaan berhubung salah laku dalam perolehan projek di bawah DBKL
Afdlin menerusi entri di Instagram menafikan dakwaan berhubung salah laku dalam perolehan projek di bawah DBKL

Baru-baru ini tular dakwaan di media sosial mengenai seorang ahli Lembaga Penasihat DBKL melakukan pelanggaran proses tadbir urus berkaitan perolehan projek kerja penerbitan bahan kreatif untuk DBKL bernilai RM4 juta kerana dianugerahkan tanpa melalui tender terbuka.

Pada Khamis, Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Maimunah Mohd Sharif mengesahkan siasatan dalam berhubung dakwaan salah laku seorang ahli lembaga penasihat yang dikaitkan dengan pemberian projek bernilai RM4 juta.

Artikel Berkaitan:

Beliau turut menjelaskan sedang sedang bekerjasama rapat dengan unit integriti DBKL.

Afdlin berkata, beliau telah membuat polis terhadap dakwaan yang dibuat terhadapnya.

Afdlin Shauki - File photo by Sinar Daily
Afdlin Shauki - File photo by Sinar Daily

"Saya juga sudah membuat laporan polis, hari ini untuk membolehkan siasatan dijalankan. Saya difahamkan, perkara ini juga sedang disiasat secara dalaman oleh DBKL.

"Oleh itu, saya menyeru saudara saudari sekalian untuk memberi ruang kepada pihak-pihak yang berwajib untuk melaksanakan tanggungjawab mereka," jelasnya.

Beliau turut menyatakan kesediaan memberikan kerjasama penuh terhadap siasatan yang dijalankan.

“Saya bersedia memberi kerjasama penuh dalam siasatan dijalankan berhubung isu ini oleh mana-mana agensi penguatkuasaan.

"Fitnah dan tohmahan berniat jahat ini tidak seharusnya dibiarkan untuk berleluasa. Saya yakin dan pasti dengan izin ALLAH akhirnya kebenaran akan tersuluh dan keadilan akan ditegakkan," ujar Afdlin.

@sinarharianonline Ahli Lembaga Penasihat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Datuk Afdlin Shauki menangkis dakwaan berhubung salah laku dalam perolehan projek di bawah pihak berkuasa tempatan (PBT) itu #SinarHarian#SinarTerkini#DBKL#AfdlinShauki#PBT Dark Wave - Epic Music Gekka

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!