Ahli Armada Bersatu berhimpun sokong pentadbiran Tun M

Ahli Armada Bersatu memegang kain rentang sambil melaungkan kekal Tun M di hadapan Yayasan Kepimpinan Perdana di sini malam ini.
Ahli Armada Bersatu memegang kain rentang sambil melaungkan kekal Tun M di hadapan Yayasan Kepimpinan Perdana di sini malam ini.
A
A
A

PUTRAJAYA - Seramai 200 ahli Armada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mengadakan perhimpunan aman menyokong pentadbiran Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sempena Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini malam ini.

Perhimpunan yang bermula kira-kira jam 8 malam itu menyaksikan kumpulan penyokong berkenaan turut memegang kain rentang menyokong Dr Mahathir.

Exco Armada Bersatu Pusat, Mohd Fahim Mohd Farid berkata, himpunan itu diadakan untuk memberi sokongan 100 peratus kepada kepimpinan Dr Mahathir.

"Kalau Dr Mahathir kata peralihan kuasa akan berlaku selepas Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) pada November ini, maknanya selepas APEC. Jangan desak beliau. Rakyat dah muak dengan isu ini," katanya.

Sebelum ini, dilaporkan sebanyak 138 Ahli Parlimen dikatakan menandatangani akuan bersumpah (SD) supaya Dr Mahathir kekal sebagai Perdana Menteri sehingga tamat penggal pentadbiran kerajaan semasa.

SD itu dikatakan membabitkan 18 ahli Parlimen Pas, 26 ahli Parlimen PKR, sekurang-kurangnya 13 daripada 39 ahli Parlimen UMNO dan 26 ahli Parlimen Bersatu.

Artikel Berkaitan: