Pesawat Air Busan terbakar sebelum berlepas

BUSAN - Sebuah pesawat penumpang terbakar sebelum berlepas di Lapangan Terbang Antarabangsa Gimhae di Busan pada malam Selasa, menyebabkan pemindahan 169 penumpang dan tujuh kru, lapor agensi berita Yonhap.
Menurut pihak berkuasa bomba, penerbangan Air Busan yang menuju ke Hong Kong terbakar di bahagian ekor kira-kira jam 10.30 malam waktu tempatan, beberapa saat sebelum berlepas.
Menurut bomba, api kemudian merebak ke badan pesawat, tetapi semua 176 orang yang berada di dalam pesawat berjaya dibawa keluar dengan menggunakan gelongsor kecemasan tanpa mengalami sebarang kecederaan.
Pihak berkuasa kini sedang menyiasat punca kebakaran tersebut. - Bernama
@sinarharianonline Penerbangan Air Busan yang menuju ke Hong Kong terbakar di bahagian ekor kira-kira 10.30 malam waktu tempatan, beberapa saat sebelum berlepas. #SinarHarian #SinarTerkini #Pesawat #AirBusan176 #Terbakar #KoreaSelatan
Crime - Beyond Awareness
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!
