Amaran ribut petir, hujan lebat di empat negeri

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang diramal berlaku di beberapa kawasan di empat negeri dan Labuan hingga 1 tengah hari Isnin.

A
A
A
KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang diramal berlaku di beberapa kawasan di empat negeri dan Labuan hingga 1 tengah hari ini.

MetMalaysia dalam kenyataan pada Isnin memaklumkan kawasan terlibat ialah Kelantan (Kuala Krai dan Gua Musang) dan di Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Jerantut, Kuantan, Pekan dan Rompin) serta Johor (Segamat dan Mersing).

Amaran sama turut melibatkan Sabah iaitu Pedalaman (Kuala Penyu dan Beaufort) dan Pantai Barat (Papar).

MetMalaysia mengeluarkan amaran itu berdasarkan tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter (mm) sejam yang dijangka berlangsung lebih sejam. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!