Deretan 12 motosikal terbakar

Deretan 12 motosikal terbakar dalam kejadian di Parit awal pagi Isnin. Foto: Ihsan Bomba Perak
Deretan 12 motosikal terbakar dalam kejadian di Parit awal pagi Isnin. Foto: Ihsan Bomba Perak
A
A
A

PARIT - Sebanyak 12 motosikal terbakar dalam kejadian di hadapan garaj sebuah rumah di Kampung Tanjung Medan, Layang-Layang Kiri di sini, awal pagi Isnin.

Kebakaran itu bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa atau kecederaan.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pasukannya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.39 pagi sebelum jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Parit digerakkan ke lokasi.

"Setibanya di lokasi, kebakaran berjaya dikawal dalam tempoh lapan minit dan kebakaran tersebut tidak melibatkan struktur rumah.

"Pemeriksaan mendapati dua motosikal jenis jenis Honda EX5, Yamaha LC135 dan Honda Wave 110 dengan nombor pendaftaran kenderaan tidak dikenalpasti musnah 60 peratus.

"Sementara itu, empat motosikal jenis Yamaha LC, YamahaY15, Honda Wave, Modenas Kriss dan SRV mengalami 20 peratus kebakaran," katanya di sini.

Menurut beliau, operasi kemudian diteruskan dengan membuat pemantauan bagi memastikan tiada punca kebakaran berulang semula.

Tambahnya, operasi tamat sepenuhnya jam 4.52 pagi.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!