Lima penyamun pukul mangsa hingga cedera diberkas

Lima lelaki termasuk empat warga asing diberkas kerana dipercayai terlibat dalam kejadian samun berkumpulan di kawasan Pasir Gudang di Johor Bahru, pada Khamis. Gambar hiasan
Lima lelaki termasuk empat warga asing diberkas kerana dipercayai terlibat dalam kejadian samun berkumpulan di kawasan Pasir Gudang di Johor Bahru, pada Khamis. Gambar hiasan
A
A
A

JOHOR BAHRU - Lima lelaki termasuk empat warga asing diberkas kerana dipercayai terlibat dalam kejadian samun berkumpulan di kawasan Pasir Gudang di sini, pada Khamis.

Menurut Ketua Polis Daerah Seri Alam, Asisten Komisioner Mohd Sohaimi Ishak, kesemua lelaki berusia 29 hingga 62 tahun itu ditahan hasil maklumat yang diperoleh berhubung kejadian samun tersebut.

“Mengikut laporan polis, ketika mangsa berada di rumah, dia telah didatangi kesemua suspek yang kemudiannya bertindak memukul mangsa sehingga mengalami kecederaan di bahagian badan.

“Kesemua suspek juga merampas barang-barang peribadi milik mangsa sebelum bertindak melarikan diri. Bagaimanapun, hasil maklumat yang diperoleh kesemua suspek tersebut berjaya diberkas pada jam 3.45 petang Jumaat.

“Polis turut merampas enam telefon bimbit pelbagai jenama, sekeping kad bank, dokumen peribadi mangsa, empat kad urusan penghantaran wang luar negara dan ujian air saringan awal air kencing mendapati kesemua suspek negatif dadah; namun hasil semakan rekod lampau mendapati suspek warga tempatan mempunyai satu rekod jenayah dadah,” katanya dalam satu kenyataan.

Kesemua suspek ditahan reman selama empat hari mulai Jumaat hingga Isnin ini bagi membantu siasatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 349 Kanun Keseksaan – menyebabkan cedera semasa melakukan rompakan.

Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara selama tempoh yang boleh sampai 20 tahun dan hendaklah juga dikenakan denda atau sebat.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!