Mekanik maut dihempap mesin pemberat getah

PASIR PUTEH - Seorang mekanik maut dihempap mesin pemberat getah semasa bertugas di sebuah kuari di Jerus, Selising pada Jumaat.
Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu mangsa yang berusia 28 tahun meninggal dunia di lokasi selepas tidak sedarkan diri.
Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintenden Zaizul Rizal Zakaria berkata, hasil pemeriksaan lanjut mendapati lelaki terbabit adalah seorang pembantu mekanik dan telah meninggal dunia akibat dihempap pemberat getah mesin conveyer.
"Pemeriksaan lanjut di lokasi tidak menemukan sebarang unsur jenayah yang boleh dikaitkan dengan kejadian itu.
"Mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Tengku Anis untuk bedah siasat," katanya ketika dihubungi pada Sabtu.
Menurutnya, siasatan lanjut masih dijalankan dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Ujarnya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kejadian tersebut boleh menghubungi pihak polis ditalian 019-2424434 atau 09-7867222.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!