LBS terbit tranche kedua Sukuk Wakalah Sosial ASEAN

No Image Caption
A
A
A

SHAH ALAM - Pemaju hartanah, LBS Bina Group Berhad (LBS), mengumumkan kejayaan penerbitan SRI Sukuk Wakalah Sosial ASEAN tranche yang kedua berjumlah RM400 juta.

Dalam nilai nominal (Tranche Kedua) di bawah program Sukuk Wakalah sedia ada LBS yang bernilai RM750 juta, yang turut diberi penarafan AA dengan tinjauan stabil oleh MARC Ratings Berhad.

Penyempurnaan tranche kedua ini terus mencerminkan penerimaan positif pasaran modal terhadap komitmen LBS dalam memastikan pertumbuhan dan pembangunan yang lestari.

No Image Caption

Tranche kedua tanpa jaminan ini telah diterbitkan dengan kadar pengagihan berkala sebanyak 4.8 peratus setahun dan tempoh matang selama 7 tahun, iaitu pada 23 Januari 2032.

Terbitan ini menerima sambutan menggalakkan daripada pelabur, dengan kadar lebihan langganan sebanyak 5.27 kali ganda, menghasilkan jumlah buku pesanan akhir sekitar RM2.1 bilion.

Permintaan yang tinggi, terutamanya daripada pelabur institusi, mencerminkan keyakinan pasaran terhadap rekod prestasi LBS, hala tuju strategik dan amalan tadbir urus yang mantap.

LIM HOCK SAN
LIM HOCK SAN

Artikel Berkaitan:

Hasil daripada terbitan ini akan diperuntukkan mengikut Rangka Kerja Pembiayaan Kemampanan Kumpulan, bagi menyalurkan dana ke arah projek yang memberi tumpuan kepada rumah mampu milik, pembangunan komuniti, dan kelestarian.

Inisiatif ini selaras dengan misi LBS untuk memacu impak positif kepada masyarakat dan mencipta nilai yang berkekalan untuk pihak berkepentingan.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan LBS, Tan Sri Ir. (Dr.) Lim Hock San, berkata, penerbitan tranche kedua ini menandakan satu lagi pencapaian penting dalam usaha kami untuk mengintegrasikan elemen kemampanan ke dalam operasi perniagaan.

“Hasil daripada penerbitan ini akan membolehkan kami memperkukuh portfolio projek perumahan mampu milik, sekali gus menyumbang kepada pembangunan komuniti dan memupuk impak sosial yang positif.

No Image Caption

“Pencapaian ini mencerminkan komitmen berterusan kami untuk mengimbangi pertumbuhan perniagaan yang mampan dengan kesejahteraan masyarakat,”katanya.

Menurutnya, penerbitan itu mengukuhkan lagi dedikasi syarikat dalam memenuhi keperluan masyarakat, selaras dengan perubahan dan perkembangan semasa.

“Penerbitan ini diuruskan oleh HSBC Amanah Malaysia Berhad, Maybank Investment Bank Berhad dan RHB Investment Bank Berhad, yang bertindak sebagai pengurus utama bersama untuk Tranche Kedua,”katanya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!