Dokumen, barangan lelaki disyaki guna gelaran Datuk Seri palsu dirampas

Laporan Sinar Harian berhubung kertas siasatan yang dibuka pihak polis terhadap doktor bergelar Datuk Seri
Laporan Sinar Harian berhubung kertas siasatan yang dibuka pihak polis terhadap doktor bergelar Datuk Seri
A
A
A

KUALA LUMPUR - Dokumen tertera gelaran Datuk Seri antara barangan dirampas dalam pemeriksaan ke atas sebuah premis rawatan Ayurveda yang dikendalikan seorang lelaki disyaki menggunakan gelaran Datuk Seri palsu, di Bandar Puchong Jaya, Puchong dekat sini.

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A A Anbalagan berkata, pemeriksaan ke atas premis berkenaan dijalankan oleh pihaknya dengan kerjasama Majlis Bandaraya Subang Jaya dan Kementerian Kesihatan semalam.

"Selain dokumen itu turut dirampas uniform dan poster lelaki berusia 54 tahun itu," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, pemeriksaan dan rampasan berkenaan dibuat bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 3 Akta Kesalahan Yang Berhubungan Dengan Anugerah 2017 atas kesalahan menggunakan anugerah tidak diiktiraf.

Pada Rabu lalu, Anbalagan dalam kenyataan memaklumkan pihaknya telah membuka kertas siasatan terhadap seorang lelaki disyaki menggunakan gelaran Datuk Seri palsu.

Ia susulan hantaran yang tular di media sosial mengenai isu berkenaan. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!