Media, JSJ berentap aksi persahabatan

Pasukan JSJ bergambar bersama pasukan CiJA (jersi kuning) selepas tamat perlawanan persahabatan bola sepak di ibu negara pada Rabu.
Pasukan JSJ bergambar bersama pasukan CiJA (jersi kuning) selepas tamat perlawanan persahabatan bola sepak di ibu negara pada Rabu.
A
A
A

MEMBURU kemenangan bukan menjadi fokus utama pasukan bola sepak Persatuan Wartawan Jenayah (CiJA) ketika berdepan aksi persahabatan menentang Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman di Padang Arena Sukan KL, di sini pada Rabu.

Sebaliknya perlawanan itu bertujuan bagi mengeratkan ukhwah antara ahli kelab dan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Aksi persahabatan itu turut disertai Timbalan Pengarah (Risikan/Operasi) JSJ Bukit Aman, Datuk Fadil Marsus dan Ketua Penolong Pengarah D3 Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Soffian Santong.

Fadil berkata, aktiviti ini dapat memupuk semangat bersukan dan amalan gaya hidup sihat di kalangan pegawai dan anggota.

"Kami menghargai peranan media dalam melaporkan kejayaan dan tindakan JSJ dalam usaha kempen membanteras jenayah.

"Aksi ini menjadi serampang dua mata bagi memastikan setiap anggota sihat terutama ketika menjalankan tugas," katanya.

Fadil (kiri) mengetuai pasukan JSJ ketika aksi persahabatan bola sepak menentang CiJA di Padang Arena Sukan KL pada Rabu.
Fadil (kiri) mengetuai pasukan JSJ ketika aksi persahabatan bola sepak menentang CiJA di Padang Arena Sukan KL pada Rabu.

Artikel Berkaitan:

Sementara itu, Presiden CiJA, Safeek Affendy Razali berkata, aktiviti ini mengumpulkan lebih 20 petugas media daripada pelbagai agensi.

"Antaranya Sinar Harian, Berita Harian, Kosmo, Astro Awani, Bernama, Harian Metro, Utusan, The Star, Makkal Osai dan RTM.

"Ini merupakan kali pertama persatuan mengumpulkan ahli untuk perlawanan bola sepak sejak penubuhan kira-kira dua tahun lepas sebagai salah satu aktiviti sihat dalam kalangan ahli kami," katanya.

Tambahnya, perlawanan persahabatan ini lebih kepada aktiviti riadah selain merapatkan lagi ukhwah antara ahli kelab dan juga anggota polis.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!