Reis komponen penting bentuk semula kekuatan Manchester City

Vitor Reis
Vitor Reis
A
A
A

PENYANDANG juara Manchester City menandatangani pemain pertahanan Vitor Reis dari kelab Serie A Brazil, Palmeiras dengan kontrak empat setengah tahun.

“Kami gembira apabila dapat membawa Vitor Reis antara pemain pertahanan muda ke sini. Dia dalam masa singkat menunjukkan keupayaan untuk pergi jauh dalam permainan bola sepak senior di Brazil.

“Dan kami tahu bahawa bekerja dengan pengendali Pep (Guardiola) dan barisan jurulatih kami akan membantu untuk mendapatkan yang terbaik daripadanya,” kata Pengarah Bola Sepak City Txiki Begiristain.

Palmeiras sebelum ini amat berharap dapat menggunakan khidmat pemain berusia 19 tahun itu untuk saingan Piala Dunia Kelab tahun ini.

Namun gergasi Brazil kendalian Abel Ferreira terpaksa melupakan khidmat yang Reis akan menyertai City serta-merta.

Pemain skuad Brazil Bawah 17 tahun itu sebelum ini membuat 18 penampilan liga bersama Palmeiras dianggap sebagai komponen penting dalam visi Guardiola untuk membentuk semula kekuatan Manchester City.

Abdukodir Khusanov
Abdukodir Khusanov

Reis merupakan pembelian terbaharu selepas kemasukan pemain tengah Uzbekistan, Abdukodir Khusanov dari kelab Ligue 1, Lens untuk kontrak empat tahun setengah.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!