Mayat wanita mangsa bunuh ditemui dalam MPV, tiga individu ditahan

Pasukan khas Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor berjaya menahan tiga suspek pada 11 Januari lalu.
Pasukan khas Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor berjaya menahan tiga suspek pada 11 Januari lalu.
A
A
A

JOHOR BAHRU – Polis menahan dua lelaki dan seorang wanita tempatan dipercayai terlibat kes bunuh seorang wanita yang mayatnya ditemukan dengan kesan tikaman dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) di Taman Ungku Tun Aminah di sini, pada 1 Disember lalu.

Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar berkata, mayat wanita berusia lingkungan 42 tahun itu ditemui dengan kesan tikaman di bahagian dada, muka dan lengan dalam Perodua Alza terbabit yang diparkir di kawasan taman berkenaan pada jam 6.30 pagi.

Menurutnya, pasukan khas Jabatan Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor berjaya menahan tiga suspek pada 11 Januari lalu.

“Tiga suspek iaitu dua lelaki dan seorang wanita berusia antara 31 hingga 48 tahun ditahan di kawasan Tampoi, Johor dan Setiawan, Perak.

“Hasil siasatan lanjut yang dijalankan terhadap tangkapan membawa rampasan sebahagian senjata seperti gunting yang dipercayai digunakan untuk membunuh mangsa.

"Selain itu sepucuk pistol berserta 48 butir ball bearing yang disembunyikan di kawasan perumahan di Tampoi turut dirampas,” katanya dalam kenyataan malam Selasa.

Menurut Kumar, kes disiasat bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 109 Kanun Keseksaan.

"Salah seorang daripada suspek juga berdepan dua pertuduhan lain iaitu mengikut Seksyen 201 Kanun Keseksaan, selain Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960.

Artikel Berkaitan:

"Kertas siasata telah dirujuk ke Pejabat Pengarah Pendakwaan Negeri Johor dan ketiga-tiga suspek akan dituduh di Mahkamah Majistret Johor Bahru pada pagi Rabu," ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!