Night at the Karangkraf 'Here For Teen Life' kembali lagi!

Antara aktiviti di program YES! Night at The Library pada Disember tahun lalu.
Antara aktiviti di program YES! Night at The Library pada Disember tahun lalu.
A
A
A

SHAH ALAM - Night at the Karangkraf 'Here For Teen Life' kembali lagi memeriahkan cuti sekolah anak-anak dengan program motivasi sambil memahami, melawat dan bermalam di persekitaran Kompleks Kumpulan Karangkraf pada 12 hingga 13 Februari 2025.

Pengetua Akademi Pendidikan Sinar Bestari, Abdul Razak Tahrin berkata, program selama 2 hari tersebut bukan sahaja memberi pendedahan kepada mengenai cabaran di sekolah menengah tetapi juga ingin memperkenalkan kerjaya media secara menyeluruh.

Abdul Razak
Abdul Razak

“Kita akan bawa murid berumur 12 dan 13 tahun melawat abang serta kakak wartawan di Karangkraf dan mereka juga akan ke kilang untuk melihat proses pembuatan surat khabar.

“Seperti program tahun lepas iaitu YES! Night at The Library di Pustaka Raja Tun Uda, Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS), Shah Alam, kita telah mendapat sambutan yang cukup memberangsangkan.

“Jadi 2025 kita kembali dan akan ada tiga lagi siri seperti ini di lokasi yang berbeza,” katanya kepada Sinar Harian pada Selasa.

Sebelum ini, seramai 47 murid telah mengikuti program YES! Night at The Library pada 20 hingga 21 Disember tahun lalu.

Artikel Berkaitan:

Program sebelum ini iaitu YES! Night at The Library pada 20 hingga 21 Disember tahun lalu.
Program sebelum ini iaitu YES! Night at The Library pada 20 hingga 21 Disember tahun lalu.

Program tersebut dianjurkan Sinar Bestari, Sinar Harian dan Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp) dengan kerjasama Pustaka Raja Tun Uda, menyediakan pelbagai aktiviti menarik yang dapat meningkatkan minat murid terhadap pembelajaran, sekali gus mencipta pengalaman berharga kepada mereka.

Dalam pada itu, Abdul Razak berkata, disebabkan sambutan yang memberangsangkan, pihaknya mengambil keputusan untuk membuka lebih banyak penyertaan.

“Kita buka 100 penyertaan dan tempatnya adalah terhad untuk murid 12 serta 13 tahun di serata Malaysia. Berbeza dengan tahun lepas, program kali ini kita fokuskan murid transisi daripada sekolah rendah ke menengah sebab nak ajar mereka sesuaikan diri dengan persekitaran baharu.

Program sebelum ini iaitu YES! Night at The Library pada 20 hingga 21 Disember tahun lalu.
Program sebelum ini iaitu YES! Night at The Library pada 20 hingga 21 Disember tahun lalu.

“Jadi saya harap program ini berjalan lancar, mendapat banyak sambutan dan saya juga mengharapkan sokongan daripada pihak swasta lain, syarikat korporat yang mungkin nak bersama dengan Akademi Pendidikan Sinar Bestari untuk buat program seperti ini,” ujarnya.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada penaja seperti Taylor’s University, KFC Malaysia dan agensi kerajaan kerana bersama-sama memeriahkan program tersebut.

Pendaftaran Night at the Karangkraf 'Here For Teen Life' boleh dibuat di laman sesawang https://events.karangkraf.com/event/night-at-the-karangkraf sebelum tarikh tutup pada 4 Februari 2025 dan yuran penyertaan sebanyak RM150.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!