Mangsa rentung dipercayai warga emas dan anak angkat

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk bedah siasat.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk bedah siasat.
A
A
A

ALOR SETAR - Dua mangsa rentung dalam kejadian kebakaran di Jalan Kampung Tongkang Yard, di sini dipercayai seorang warga emas dan anak angkatnya.

Identiti mangsa sehingga kini masih belum dapat dikenal pasti.

Ketua Zon 1 Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah, Penguasa Bomba Kanan I Ahmad Aminuddin Abd Rahim berkata, kedua-dua mangsa ditemukan di tingkat bawah rumah dan jarak antara mayat yang ditemui itu adalah 0.6 meter.

"Dalam kejadian ini, terdapat dua mangsa ditemui namun identiti belum dapat dikenal pasti pada peringkat awal ini," katanya pada sidang akhbar pada Selasa.

Jelas Aminuddin, hasil siasatan awal menunjukkan kedua-dua mangsa mungkin sedang tidur di tingkat atas sebelum lantai kayu runtuh.

Menurutnya, siasatan sedang dijalankan untuk mengesahkan identiti dua mangsa berkenaan.

"Rumah tersebut musnah 70 peratus, dengan ruang tamu dan tingkat atas mengalami kerosakan paling teruk. Pintu rumah berkunci ketika anggota bomba tiba, dan siasatan sedang dijalankan untuk menentukan punca dan asal kebakaran," ujarnya.

Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah, dekat sini untuk bedah siasat dan polis sedang menyiasat sama ada terdapat unsur jenayah dalam kejadian ini.

Pada Selasa, dua mangsa ditemukan rentung dalam kebakaran yang memusnahkan sebuah rumah dua tingkat berhampiran Jalan Kampung Tongkang Yard, di sini pada awal pagi Selasa

Artikel Berkaitan:

Pegawai operasi kanan Jabatan Bomba dan Penyelamat Kedah, Penguasa Bomba Kanan I Azhar Mohamad berkata, mangsa yang rentung berusia 61 dan 23 tahun.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!