Trump sah bergelar Presiden AS ke-47

Trump turut diiringi Wanita Pertama, Melania dan ahli keluarganya ketika upacara mengangkat sumpah jawatan itu. Foto AFP
Trump turut diiringi Wanita Pertama, Melania dan ahli keluarganya ketika upacara mengangkat sumpah jawatan itu. Foto AFP
A
A
A

WASHINGTON - Donald Trump mengangkat sumpah jawatan secara rasmi sebagai Presiden Amerika Syarikat (AS) ke-47 pada Isnin dalam majlis yang diadakan di Capitol Rotunda di Washington di tengah-tengah suhu sejuk melampau yang mencengkam negara tersebut.

"Saya, Donald John Trump, dengan sungguh-sungguh bersumpah bahawa saya akan melaksanakan dengan setia jawatan Presiden AS dan akan sebaik mungkin memelihara, melindungi dan mempertahankan Perlembagaan," katanya ketika mengangkat sumpah di hadapan Ketua Hakim, John Roberts.

Ia adalah kali pertama dalam tempoh 40 tahun langkah kecemasan diambil untuk memindahkan lokasi acara tersebut yang biasanya berlangsung di National Mall ke dalam bangunan dengan kapasiti lebih terhad atas faktor cuaca disebabkan Letusan Artik.

JD Vance turut mengangkat sumpah jawatan Naib Presiden ke-50 di hadapan Hakim Brett Kavanaugh pada acara sama yang dihadiri orang kenamaan, beberapa bekas Presiden AS dan bilionair Amerika termasuk Elon Musk serta Jeff Bezos.

Trump, 78, diiringi pendahulunya, Joe Biden menuju ke Capitol selepas mereka bersama isteri masing-masing menghadiri jamuan teh di Rumah Putih.

"Selamat kembali," sapa Biden kepada Trump dan Melania ketika mereka tiba di pintu utama kediaman rasmi Presiden AS tersebut.

Sebelum majlis pelantikan beliau, Trump turut menghadiri upacara keagamaan di sebuah gereja berhampiran Rumah Putih, rumah ibadat sama di mana beliau merakamkan gambar kontroversi sambil memegang Bible selepas penunjuk perasaan gerakan Black Lives Matter diusir pihak berkuasa ketika kejadian pada 2020. - AFP

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!