Biden beri pengampunan kepada 'musuh' Trump

Fauci (kiri) dan Milley dikatakan terlibat konflik dengan Trump ketika penggal pertama pentadbiran beliau. Foto Agensi
Fauci (kiri) dan Milley dikatakan terlibat konflik dengan Trump ketika penggal pertama pentadbiran beliau. Foto Agensi
A
A
A

WASHINGTON - Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden pada Isnin mengeluarkan pengampunan awal kepada bekas penasihat ketika pandemik Covid-19, Anthony Fauci dan jeneral bersara, Mark Milley untuk 'melindungi mereka daripada pendakwaan bermotifkan politik' di bawah pentadbiran penggantinya, Donald Trump.

Langkah luar biasa itu dibuat beberapa jam sebelum beliau meninggalkan Rumah Putih.

Pengampunan sama turut diberikan kepada anggota, staf dan saksi Jawatankuasa Siasatan yang menyiasat insiden rusuhan ganas ke atas Capitol pada 6 Januari 2021 yang didalangi penyokong Trump.

"Mereka telah berkhidmat untuk negara dan tidak sepatutnya menjadi sasaran pendakwaan tidak wajar," ujarnya.

Trump yang bakal mengambil alih tugas daripada Biden berulang kali menjanjikan balasan terhadap lawan politik beliau dan mengancam untuk mengenakan dakwaan jenayah.

Fauci yang lantang bersuara ketika era pandemik Covid-19 yang berada di bawah penggal pertama pentadbiran Trump turut terlibat konflik dengan Republikan malah Elon Musk yang merupakan sekutu kuat beliau juga menggesa saintis tersebut didakwa.

Milley yang pernah memegang peranan pengerusi Ketua Turus Bersama ketika Trump bergelar Presiden ke-45 AS dikatakan telah mencetuskan kemarahan pemimpin tersebut apabila dengan selamba menggelarnya 'individu paling berbahaya di negara tersebut'.

Sejurus pengumuman tindakan eksekutif tersebut, Fauci dan Milley turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada Biden. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!