Pesalah kes rempuhan kereta di China jalani hukuman mati

Imej pegun yang diambil daripada video media sosial menunjukkan orang ramai cedera terbaring di jalan selepas seorang lelaki memandu kenderaannya merempuh sekumpulan orang ramai di luar pusat sukan, di Zhuhai, China. Foto Reuters

A
A
A

GUANGZHOU - Fan Weiqiu, yang disabitkan kesalahan kerana menyebabkan ramai terkorban selepas merempuh mangsa dengan keretanya di sebuah pusat sukan pada November tahun lepas di bandar Zhuhai, Wilayah Guangdong, selatan China, telah menjalani hukuman mati pada Isnin, menurut kenyataan mahkamah, lapor Xinhua.

Hukuman itu dilaksanakan oleh Mahkamah Pertengahan Rakyat Zhuhai selepas hukuman mati itu diluluskan oleh Mahkamah Agung Rakyat.

Prosedur berkenaan diselia oleh pendakwa raya dari pihak pendakwaan tempatan di Zhuhai.

Fan disabitkan dengan jenayah membahayakan keselamatan awam melalui cara berbahaya pada Disember 2024. Beliau juga dilucutkan hak politiknya seumur hidup. - Bernama-Xinhua

ARTIKEL BERKAITAN: 35 maut, 43 cedera pemandu sengaja rempuh orang ramai bersenam

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!