Bakal ada restoran dalam gerabak kereta api

Galeri Stesen Kereta Api Gemas di Tampin akan diberi nafas baharu apabila ia bakal dilengkapi dengan restoren gerabak kereta api kelak.
Galeri Stesen Kereta Api Gemas di Tampin akan diberi nafas baharu apabila ia bakal dilengkapi dengan restoren gerabak kereta api kelak.
A
A
A

SEREMBAN - Galeri Stesen Keretapi Lama Gemas di Tampin akan diberi nafas baharu apabila ia bakal dilengkapi dengan restoran gerabak kereta api kelak.

Exco Pelancongan, Kebudayaan dan Kesenian negeri, Nicole Tan Lee Koon berkata, ia antara salah satu produk pelancongan yang menarik di negeri ini susulan lokasi berkenaan mempunyai nostalgia tersendiri.

"Kita ada tujuh daerah di Negeri Sembilan yang mempunyai keunikan masing-masing dan di Tampin ada banyak produk pelancongan yang boleh diketengahkan antaranya galeri berkenaan.

"Galeri tersebut sudah ada banyak artifak cuma belum disusun dan dipamerkan, ia dalam proses selain bakal menggunakan gerabak kereta api untuk dijadikan sebagai restoran.

"Pihak berkuasa tempatan (PBT) Tampin telah membuat permohonan kepada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) untuk menambah gerabak kereta api sekali gus akan merancakkan lagi ekonomi di kawasan berkenaan," katanya.

Rackmawatie (empat kanan) ketika mengadakan lawatan di Tampin bagi mengenal pasti produk pelancongan Negeri Sembilan.
Rackmawatie (empat kanan) ketika mengadakan lawatan di Tampin bagi mengenal pasti produk pelancongan Negeri Sembilan.

Beliau berkata demikian kepada Sinar Harian pada Jumaat selepas selesai mengadakan pertemuan dengan Pengarah MOTAC Negeri Sembilan, Dr Rackmawatie Lokman.

Nicole berkata, pihaknya kini sedang mengenal pasti beberapa lagi produk pelancongan yang boleh menaikkan lagi nama Negeri Sembilan selaras dengan Tahun Melawat Negeri Sembilan 2026 sekali dengan Tahun Melawat Malaysia.

Artikel Berkaitan:

Dalam pada itu, Rackmawatie berkata, pihaknya akan mengadakan siri jelajah di semua daerah untuk tujuan berkenaan termasuk mengenal pasti produk pelancongan untuk diiktiraf dalam Malaysia Tourism Quality Assurance (MyTQA).

"MyTQA ini merupakan inisiatif MOTAC yang mana pelaksanaannya bertujuan untuk meningkatkan keyakinan para pelancong dan memastikan kualiti produk pelancongan sentiasa di tahap yang terbaik bagi memenuhi kehendak pelancong domestik dan antarabangsa," katanya.

Ujarnya, pihaknya telah turun padang melihat produk pelancongan di Tampin antaranya Lorong Artistik, Tampin Water Park dan Galeri Stesen Kereta Api Gemas, disusuli daerah lain dalam masa terdekat.

"Setakat hari ini juga kita telah menerima 30 kertas kerja daripada PBT untuk kerja menaik taraf produk pelancongan di kawasan masing-masing," katanya.

Sebagai rekod, antara produk pelancongan yang telah mendapat iktiraf MyTQA adalah Lexis Hibiscus, Nilai Springs Golf & Country Club, Muzium Tentera Darat, PD Forest Sungai Menyala dan Muzium Lukut.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!