Bunuh isteri kerana tidak diberi wang untuk merantau

Lokasi insiden pembunuhan berlaku di pekarangan rumah mereka di Kelurahan Jogi Boyo Kecamatan Lubuklinggau Utara pada Khamis. Agensi
Lokasi insiden pembunuhan berlaku di pekarangan rumah mereka di Kelurahan Jogi Boyo Kecamatan Lubuklinggau Utara pada Khamis. Agensi
A
A
A

JAKARTA - Kesal kerana tidak diberi wang untuk pergi merantau, seorang lelaki tergamak membunuh isterinya.

Kejadian pembunuhan berlaku di pekarangan rumah mereka di Kelurahan Jogi Boyo Kecamatan Lubuklinggau Utara pada Khamis, sekitar jam 8 pagi waktu tempatan.

Suspek Sabarudin, 28, membunuh Tinisawitri@Ngatimin,37, menggunakan sebilah parang.

Menurut seorang pegawai unit siasatan jenayah polis Lubuklingau menjelaskan, suspek yang menyerah diri membuat pengakuan bahawa dia marah selepas isterinya itu tidak mahu membantunya.

Suspek menyerahkan diri ke balai polis selepas membunuh isterinya. Agensi
Suspek menyerahkan diri ke balai polis selepas membunuh isterinya. Agensi

"Pengakuan suspek di hadapan penyiasat mengakui dia membunuh isterinya kerana tidak diberikan wang untuk merantau.

"Namun kita masih menyiasat motif utama pembunuhan," kata pengawai yang tidak didedahkan nama kepada wartawan pada Khamis.

Difahamkan suspek tidak mempunyai pekerjaan tetap dan banyak menghabiskan masa di rumah.-Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!