Meta dalam proses akhir peroleh lesen kelas ASP - Fahmi

KUALA LUMPUR - Gergasi media sosial Meta kini dalam peringkat akhir mendapatkan Lesen Kelas Pemberi Perkhidmatan (ASP) di Malaysia, kata Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.
Beliau berkata, syarikat induk Facebook dan Instagram itu sedang menyiapkan dokumentasi untuk memenuhi keperluan perundangan khas sebagai sebahagian daripada proses pelesenan itu.
"Meta dalam proses akhir menyerahkan beberapa dokumen," katanya dalam rancangan bual bicara RTM On The Table yang menampilkan topik ‘Social Media Licensing in Malaysia: Key Insights & Impact’.
Fahmi berkata, penyedia platform lain seperti Google dan X (sebelum ini dikenali sebagai Twitter) sedang melalui penilaian bagi memastikan status pematuhan mereka.
Beliau berkata, Google bagaimanapun mendakwa mereka bukan platform media sosial namun kementerian tetap dengan pendirian bahawa beberapa bahagian YouTube di bawah Google seperti YouTube Shorts berfungsi seperti media sosial, menyerupai TikTok.
AKAN MENYUSUL
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!