'Tok Abah' KP baharu J-KOM

SHAH ALAM - Timbalan Ketua Pengarah (Latihan) Akademi Kenegaraan Malaysia (AKM) Datuk Ismail Yusop yang juga dikenali sebagai Tok Abah kini dilantik menjadi Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) baharu.
Ismail yang sebelum ini pernah menjadi Timbalan Ketua Pengarah J-KOM dilantik ke jawatan Ketua Pengarah J-KOM bagi menggantikan Setiausaha Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor, Dr Mohd Khairuddin Othman yang ditamatkan kontrak, pada September tahun lalu.
Terdahulu, Mohd Khairuddin yang juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Jaras, Selangor, dilantik bagi menggantikan Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff yang meletak jawatan pada November 2023.
Berita mengenai pelantikan Ismail turut dikongsikan di laman Facebook rasmi AKM.
"Seluruh warga kerja AKM mengucapkan sekalung tahniah kepada Datuk Haji Ismail Yusop atas pelantikan sebagai Ketua Pengarah J-KOM, Kementerian Komunikasi.
"Semoga Datuk diberi kesihatan yang baik dan dipermudahkan segala urusan dalam menjalankan tanggungjawab dan amanah yang diberikan," kata pentadbir laman Facebook AKM dalam hantar terkininya pada Khamis.
Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!