Lebur RM1.15 juta dijerat tawaran pelaburan di Facebook

Hussein
Hussein
A
A
A

SHAH ALAM - Seorang pengurus syarikat swasta kerugian RM1.15 juta selepas diperdaya pelaburan tidak wujud yang diiklankan di Facebook.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, laporan diterima Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Selangor melibatkan mangsa berusia 54 tahun.

"Modus operandi suspek ialah memperdayakan mangsa melalui iklan di aplikasi Facebook mengenai pelaburan dikenali 'Arcadia Equity Co Limited'.

"Dalam kes ini, mangsa mengalami kerugian sebanyak RM1.15 juta selepas membuat 21 kali transaksi ke sembilan akaun bank berbeza," katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Tambahnya, polis berulang kali menasihatkan orang ramai agar lebih berwaspada dan berhati-hati dengan tawaran pelaburan di media sosial.

Jelasnya, ini bagi mengelakkan diri daripada menjadi mangsa.

"Siasatan masih dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan," ujarnya.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!