Santuni Madani beri manfaat 1,500 penduduk Kampung Haji Bajuri

Dari kiri, Herlman, Zulkiflee dan Rozaifee bersama penerima Anugerah Tokoh Murid SK Gambut, Batu Pahat, Johor.
Dari kiri, Herlman, Zulkiflee dan Rozaifee bersama penerima Anugerah Tokoh Murid SK Gambut, Batu Pahat, Johor.
A
A
A

BATU PAHAT - Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) syarikat milik penuh Menteri Kewangan Diperbadankan menerusi Program Satu Pemimpin Satu Kampung atau Santuni Madani telah memberi manfaat kepada 1,500 penduduk Kampung Haji Bajuri Batu Pahat, Johor.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ir Zulkiflee Omar berkata, antara inisiatif yang dirancang termasuk Program Kelestarian dan Kitar Semula, Kempen Kesedaran Bersama Komuniti, naik taraf kemudahan masjid dan sekolah serta program pendidikan.

Menurutnya, program tersebut bertujuan meningkatkan potensi kampung dan keupayaan masyarakat menerusi libat urus berterusan selain menyelami isu setempat serta menyelesaikan masalah dihadapi penduduk.

Dari kiri, Herlman, Zulkiflee, Rozaifee dan Harun melihat televisyen pintar yang telah siap dipasang bagi kegunaan murid di SK Gambut, Batu Pahat, Johor.
Dari kiri, Herlman, Zulkiflee, Rozaifee dan Harun melihat televisyen pintar yang telah siap dipasang bagi kegunaan murid di SK Gambut, Batu Pahat, Johor.

“Program Santuni Madani PAAB ini akan memastikan setiap objektif dirancang dapat dilaksanakan dengan sokongan dan kerjasama pihak berkuasa tempatan (PBT), agensi kerajaan, syarikat bekalan air Johor, Ranhill SAJ, pihak swasta serta penduduk setempat.

“PAAB menggariskan beberapa inisiatif dalam meningkatkan kesejahteraan dan taraf hidup masyarakat setempat melalui aspek pendidikan, kemiskinan, kesihatan, infrastruktur serta kelestarian alam di kawasan berkenaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Kecemerlangan Murid dan Sumbangan Kembali ke Sekolah di Sekolah Kebangsaan (SK) Gambut pada Khamis.

Artikel Berkaitan:

Turut hadir, Guru Besar SK Gambut, Herlman Mohd Karim; Ketua Bahagian Perkhidmatan Korporat PAAB, Rozaifee Abu Zaharim; Ketua Kampung Gambut, Sharif Ahmad dan Yang Dipertua PIBG SK Gambut, Harun Segaran Abdullah.

Sementara itu, menurut Zulkiflee, PAAB turut menyampaikan sumbangan Kembali Ke Sekolah bernilai RM25,000 kepada 120 murid di SK Gambut dan 80 murid dari Sekolah Agama Gambut.

Dari empat kiri, Rozaifee, Herlman dan Zulkiflee bersama murid-murid SK Gambut menerima Kit Kembali ke Sekolah.
Dari empat kiri, Rozaifee, Herlman dan Zulkiflee bersama murid-murid SK Gambut menerima Kit Kembali ke Sekolah.

Tambah beliau, seramai 200 pelajar dari Kampung Haji Bajuri itu dibekalkan Kit Kembali ke Sekolah yang mengandungi beg sekolah, botol minuman, set bekas makanan dan alat tulis setiap seorang.

“SK Gambut menerima sumbangan sebanyak enam televisyen pintar manakala Sekolah Agama Gambut pula mendapat sebuah

televisyen pintar untuk manfaat murid di kedua-dua sekolah berkenaan.

“PAAB berharap kesemua sumbangan ini dapat meningkatkan keupayaan murid di kawasan berkenaan mengikuti sesi pengajaran secara digital seiring perkembangan teknologi dalam sistem pendidikan negara,” ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!