Pendapatan Singapura lebih RM 3 bilion setahun, Malaysia tiada untung

Tun Mahathir
Tun Mahathir
A
A
A

SHAH ALAM - [DIKEMAS KINI] Singapura peroleh pendapatan tahunan sebanyak RM3,312,375,000 manakala Malaysia tidak memperoleh keuntungan jualan air mentah kepada negara tersebut.

Perkara itu dinyatakan bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad menerusi laman Facebook.

Tun Mahathir berkata, ini kerana Singapura membayar RM7,500 daripada penjualan air terawat Singapura pada RM15,000.

Menurutnya, malah Singapura mendapat keuntungan sebanyak RM7,500 daripada menjual air terawat kepada Malaysia.

"Syabas Malaysia kerana menyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Singapura.

"Malaysia menjual 250,000,000 gelen air mentah setiap hari kepada Singapura pada harga 3 sen setiap 1,000 gelen. Jumlah bayaran yang diterima oleh Malaysia sehari ialah RM7,500.

"Manakala, Johor membeli air terawat pada harga 50 sen bagi setiap 1,000 gelen. Isipadu yang dibeli ialah 12 peratus daripada 250,000,000 gelen bersamaan 30,000,000 gelen," katanya pada Rabu.

Tambah beliau, Malaysia membayar Singapura RM15,000 sehari untuk air terawat.

Artikel Berkaitan:

"Singapura pula menjual 1,000 liter air terawat pada harga 3 dolar Singapura.

"Oleh itu Singapura memperoleh 11.36 dolar Singapura setiap 1,000 gelen.

"11.36 dolar Singapura bersamaan RM36.30, pendapatan Singapura pada 250, 000,000 gelen ialah RM9,075,000 sehari," ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!