Operasi penerbangan di Lapangan Terbang Stuttgart terganggu akibat ais

Proses pelepasan dan pendaratan di Lapangan Terbang Stuttgart terpaksa dihentikan seketika sementara pasukan penyelenggaraan membersihkan landasan daripada lapisan ais. Foto Agensi
Proses pelepasan dan pendaratan di Lapangan Terbang Stuttgart terpaksa dihentikan seketika sementara pasukan penyelenggaraan membersihkan landasan daripada lapisan ais. Foto Agensi
A
A
A

STUTTGART - Hujan yang melanda barat daya Jerman mengakibatkan operasi di Lapangan Terbang Stuttgart pada pagi Rabu terjejas.

Menurut jurucakap lapangan terbang kepada agensi berita Jerman, dpa, terdapat kelewatan panjang dalam jadual pelepasan penerbangan.

Proses pelepasan dan pendaratan terpaksa dihentikan seketika sementara pasukan penyelenggaraan membersihkan landasan daripada lapisan ais.

Operasi penerbangan bagaimanapun telah disambung semula selepas itu.

Dua pesawat yang dijadualkan mendarat di Stuttgart pada waktu pagi terpaksa dilencongkan ke lapangan terbang lain di selatan Jerman.

Satu daripadanya mendarat di Nuremberg dan satu lagi mendarat berhampiran Karlsruhe. - Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!