[VIDEO] '15 tahun ikat perut makan nasi dengan garam untuk pergi umrah'

A
A
A

SEPANG - "Selama 15 tahun makcik ikat perut makan nasi dengan bawang dan garam untuk tunaikan umrah ini, tapi ini yang terjadi," luah warga emas, Maimun Sarajul, 60.

Menurutnya, wang yang dikumpul tersebut merupakan sumbangan bantuan daripada Baitulmal berjumlah RM400 sejak 2009.

"Makcik langsung tak guna duit itu. Nasi pun makcik makan dengan bawang, kadang dengan air garam," katanya sebak.

Dia tertarik dengan pakej ditawarkan selepas menonton video promosi dibuat seorang usahawan kosmetik dari Kelantan.

Keratan berita Sinar Harian hari ini. Gambar kecil: Maimun Sarajul ketika ditemui Sinar Harian di Putrajaya pada Selasa.
Keratan berita Sinar Harian hari ini. Gambar kecil: Maimun Sarajul ketika ditemui Sinar Harian di Putrajaya pada Selasa.

"Makcik 'scroll' TikTok nampak video berkenaan. Selepas itu makcik cari alamat syarikat ini kemudian datang buat bayaran pendahuluan RM3,000," jelasnya.

Ibu tunggal kepada lapan anak itu berkata, dia berhasrat untuk menunaikan umrah bersama dua orang cucu dan anak kurang upaya (OKU) serta anak lelaki.

"Makcik selesai membuat pembayaran penuh RM33,000 secara tunai di ibu pejabat syarikat berkenaan Oktober tahun lalu.

Artikel Berkaitan:

"Selepas lama sangat, makcik desak (syarikat) untuk beri tarikh dan mereka bagi tarikh hari ini (14 Januari).

"Apabila tiba hari dijanjikan, ini yang berlaku," kesalnya.

Tambahnya, semua persiapan telah dibuat termasuk membuat penyewaan kerusi roda yang bakal digunakan di Tanah Suci berjumlah RM800.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!