Sze Fei-Nur Izzuddin nombor dua dunia

Sze Fei-Nur Izzuddin kini nombor dua dunia.
Sze Fei-Nur Izzuddin kini nombor dua dunia.
A
A
A

BEREGU lelaki nombor satu negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani kini nombor dua dunia berdasarkan kemas kini terbaharu Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas Terbuka Malaysia Super 1000.

Sze Fei-Nur Izzuddin yang tewas seawal pusingan pertama di Axiata Arena, Bukit Jalil mengumpul 85,916 mata memintas gandingan China, Liang Wei Keng-Wang Chang.

Sze Fei-Nur Izzuddin kini mengekori gandingan dari Denmark, Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen (95,003 mata).

Satu lagi gandingan negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik yang tewas di pusingan kedua pula naik satu anak tangga untuk berada di kedudukan kelima dengan 82,065 mata.

Sementara itu, Man Wei Chong-Tee Kai Wun pula kekal di kedudukan ke-14 dengan 60,610 (mata) manakala Choong Hon Jian-Haikal Nazri berada dalam kedudukan ke-21 dengan 44,981 mata.

Kedudukan ke-23 pula milik Wan Arif Junaidi-Yap Roy King dengan mengumpul 44,460 mata.

Gandingan Ong Yew Sin-Teo Ee Yi pula turun tiga tangga untuk berada di kedudukan ke-27 dengan 42,990 mata.

Prestasi Nur Mohd Azriyn Ayub-Tan Wee Kiong mempamerkan peningkatan apabila naik tiga anak tangga untuk berada di kedudukan ke-29 dengan 41,970 mata.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!