Penyanyi wanita sohor Kelantan tiba di Mahkamah Wilayah Narathiwat

Penyanyi wanita Kelantan dan lima rakyat Malaysia yang ditahan bersama 6,000 biji pil kuda di Golok pada 1 November lalu tiba di Mahkamah Wilayah Narathiwat untuk perbicaraan pada Selasa.
Penyanyi wanita Kelantan dan lima rakyat Malaysia yang ditahan bersama 6,000 biji pil kuda di Golok pada 1 November lalu tiba di Mahkamah Wilayah Narathiwat untuk perbicaraan pada Selasa.
A
A
A

NARATHIWAT, THAILAND - Penyanyi wanita sohor Kelantan dan lima rakyat Malaysia yang ditahan bersama 6,000 biji pil kuda di Golok pada 1 November lalu tiba di Mahkamah Wilayah Narathiwat di sini untuk perbicaraan pada Selasa.

Kesemua mereka tiba pada jam 9.10 pagi menaiki trak.

Setakat ini ahli keluarga enam rakyat Malaysia itu masih belum kelihatan.

Difahamkan perbicaraan kes terbabit dijangka bermula jam 1 petang waktu Thailand.

Difahamkan perbicaraan kes terbabit dijangka bermula jam 1 petang waktu Thailand.
Difahamkan perbicaraan kes terbabit dijangka bermula jam 1 petang waktu Thailand.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan, penyanyi wanita popular Kelantan antara enam individu yang dipercayai ditahan polis Thailand dalam serbuan di sebuah hotel di Golok pada 1 November lalu.

Penahanan penyanyi berusia 20-an bersama lima lagi individu itu bagi membantu siasatan berkait rampasan 6,000 biji dadah dipercayai pil kuda.

Kesemua suspek yang ditahan juga didapati positif dadah jenis methamphetamine.

Artikel Berkaitan:

Enam suspek itu kemudian ditahan reman selama 84 hari atau hampir tiga bulan bagi membantu siasatan.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!