Jururawat kecewa hadiah motosikal 'ditarik balik'

Rusmiati ketika menerima motosikal tersebut pada Selasa lalu, bagaimanapun ia diambil semula selepas majlis 'pemberian' selesai. Foto Agensi
Rusmiati ketika menerima motosikal tersebut pada Selasa lalu, bagaimanapun ia diambil semula selepas majlis 'pemberian' selesai. Foto Agensi
A
A
A

JAKARTA - Seorang jururawat kecewa selepas dipermainkan oleh pemerintah Kabupaten Polewali Mandar apabila hadiah motosikal yang diberikan kepadanya diambil semula oleh pihak berkenaan walaupun ia sudah diserahkan.

Rusmiati Aminuddin berkata, hadiah berkenaan merupakan penghargaan daripada pemerintah itu selepas beliau terpilih sebagai antara jururawat terbaik oleh Kementerian Kesihatan Indonesia pada tahun lepas.

"Apabila saya berjumpa dengan pemerintah Polewali Mandar, pihaknya hanya berterima kasih kepada saya kerana membanggakan Polewali Mandar'.

"Katanya, Insya-ALLAH, mereka akan menghadiahkan saya sebuah motosikal peribadi dan penghargaan kerana membawa nama baik Polewali Mandar,” kata Rusmiati kepada wartawan pada Isnin.

Tambahnya, pada hari berkenaan dia sudah diberikan motosikal tersebut malah turut bergambar bersama rakan-rakannya dengan motosikal itu.

Namun, katanya dia terkejut selepas selesai pemberian itu, pihak pemerintah menarik kembali pemberian motosikal itu.

Jelasnya, apa yang dimaklumkannya bahawa motosikal ditarik semula kerana 'ia masih tidak dibayar kepada peniaga'.

"Akhirnya sampai sekarang saya tidak menerima motosikal tersebut.

"Saya juga sudah tanyakan kepada Jabatan Kesihatan, rupa-rupanya pihak mereka sudah selesaikan semuanya, bagaimanapun pihak pemerintah setempat belum sempat hendak membayar wang motosikal itu," katanya lagi. - Agensi

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!