Pertemuan bersama syarikat gergasi UAE lonjak kerjasama perdagangan, pelaburan - PM

Anwar ketika mengadakan pertemuan bersama syarikat gergasi UAE.
Anwar ketika mengadakan pertemuan bersama syarikat gergasi UAE.
A
A
A

SHAH ALAM - Pertemuan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama syarikat-syarikat gergasi Emiriah Arab Bersatu (UAE) diharap dapat melonjakkan kerjasama perdagangan dan pelaburan selain merapatkan hubungan dua hala.

Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata, pertemuan dengan Pihak Berkuasa Pelaburan Abu Dhabi (ADIA) yang diketuai Pengarah Urusan Sheikh Hamed Zaayed Al Nahyan telah bersepakat untuk terus meningkatkan kerjasama pelaburan dan kecemerlangan yang telah dicapai sewaktu lawatan lalu.

“Isu terkait dengan pelaburan projek-projek tenaga boleh diperbaharui antara dibincangkan sewaktu pertemuan dengan Ketua Pegawai Eksekutif Masdar Mohamed Jameel Al Ramahi.

“Insya-ALLAH, kita berharap momentum positif pelaburan yang terhasil daripada pertemuan ini akan terus meningkat, didorong oleh keyakinan dan komitmen pemain industri serta syarikat-syarikat gergasi UAE,” katanya.

Sinar Harian pada Isnin melaporkan, ketibaan Anwar di UAE bagi lawatan kerja tiga hari serta menghadiri Minggu Kelestarian Abu Dhabi (ADSW) untuk meningkatkan hubungan dua hala dalam pelbagai bidang antara kedua-dua negara.

Lawatan beliau adalah atas jemputan Naib Presiden dan Perdana Menteri UAE Sheikh Mohammed Rashid Al Maktoum yang juga Pemerintah Dubai.

Dalam pada itu, Perdana Menteri turut dijadual menghadiri Majlis Pembukaan ADSW dan Majlis Anugerah Hadiah Kelestarian Zayed bersama Ketua Negara dan kerajaan lain dari Afrika, Asia, Eropah dan Timur Tengah pada hari Selasa.

Selain ADSW, beliau dijadual menyaksikan pemeteraian Perjanjian Perkongsian Ekonomi Komprehensif Malaysia-UAE (CEPA) yang akan membuka jalan baharu untuk perdagangan serta pelaburan dan kerjasama ekonomi antara kedua-dua negara.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!