Polis buru pelaku bakar kereta TikToker Nigeria

Anggota bomba melakukan siasatan bagi mengetahui punca kebakaran sebuah kereta jenis Perodua Axia dibakar di kawasan letak kereta Seksyen U4, Shah Alam, Selangor pada Ahad. Foto PDRM
Anggota bomba melakukan siasatan bagi mengetahui punca kebakaran sebuah kereta jenis Perodua Axia dibakar di kawasan letak kereta Seksyen U4, Shah Alam, Selangor pada Ahad. Foto PDRM
A
A
A

SUNGAI BULOH - Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka kertas siasatan berhubung sebuah kereta jenis Perodua Axia dibakar di kawasan letak kereta Seksyen U4, Shah Alam, dekat sini pada Ahad.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintenden Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, Balai Polis Kampung Baru Subang telah menerima satu laporan daripada seorang lelaki warganegara Nigeria berusia 39 tahun jam 2.19 petang.

Beliau berkata, lelaki berkenaan yang juga seorang TikToker dalam laporannya menyatakan dia telah meletakkan kereta milik kawannya di kawasan letak kereta jam 10.17 pagi untuk membuat rakaman video bagi kandungan TikTok.

"Selesai membuat rakaman jam 1.05 petang, dia telah datang semula ke tempat letak kereta dan mendapati kereta tersebut telah terbakar.

"Sepasukan pegawai dan anggota bomba Selangor hadir ke lokasi bagi memadam kebakaran kereta tersebut.

"Bahagian Forensik Bomba Selangor juga telah menjalankan siasatan bagi mengetahui punca kebakaran," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Sebuah kereta jenis Perodua Axia dibakar di kawasan letak kereta Seksyen U4, Shah Alam, Selangor pada Ahad. Foto PDRM
Sebuah kereta jenis Perodua Axia dibakar di kawasan letak kereta Seksyen U4, Shah Alam, Selangor pada Ahad. Foto PDRM

Menurut beliau, pihaknya telah membuka siasatan di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana khianat dengan api atau bahan letupan terhadap harta benda dan sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum sehingga tujuh tahun serta denda.

Artikel Berkaitan:

Katanya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadian itu boleh hadir ke mana-mana balai polis berdekatan bagi membantu siasatan.

"Mereka juga boleh menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Ekmal Hasif Mohd Noor di talian 01135396787," ujarnya.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!