Giant Batu Caves ditutup selepas 22 tahun beroperasi

Pasar Raya Giant jadi tumpuan penduduk Batu Caves dan Selayang membeli keperluan harian.
Pasar Raya Giant jadi tumpuan penduduk Batu Caves dan Selayang membeli keperluan harian.
A
A
A

GOMBAK - Pasar raya Giant Batu Caves yang mula beroperasi sejak 2003 ditutup secara rasminya bermula Sabtu.

Ia selepas tempoh sewaan di Lot 10243, Mukim Batu dengan keluasan 180,000 kaki persegi itu tamat.

Notis pemakluman Giant Batu Caves tutup operasi dan akan berpindah ke lokasi baharu.
Notis pemakluman Giant Batu Caves tutup operasi dan akan berpindah ke lokasi baharu.

Rata-rata pengguna meluahkan rasa sedih dengan penutupan operasi pasar raya itu yang banyak meninggalkan kenangan sepanjang beroperasi lebih dua dekad.

"Sedihnya Giant Batu Caves tutup. Dari kecil selalu pergi. Dari mula ada gelongsor besar kat bahagian tengah. Paling best food court situ... kenangan," komen Noor Shaheera di media sosial.

Turut meluahkan kesedihan, Ayarus August berkata, banyak kenangan di pasar raya itu yang pernah menjadi tempat kerjanya suatu ketika dahulu.

Seorang lagi pengguna, Tougarashi Ae Suki Aokawa turut menggamit kenangan gemar membeli keperluan di sana sewaktu tinggal di Selayang dulu.

"Terima kasih Giant. Sinilah tempat membeli-belah masa duduk di Selayang dulu.

Artikel Berkaitan:

"Sedihnya, walaupun dari Perak kalau pergi ke Selayang memang akan pergi sini," katanya.

Operasi Giant akan berpindah ke lokasi baharu di Sri Gombak dan tapak sedia ada difahamkan akan digantikan dengan TF Value-Mart.

TF Value-Mart sebelum ini menandatangani satu perjanjian dengan pemilik hartanah, Crystal Promenade Sdn Bhd pada 2023 untuk mengambil alih penyewaan premis terbabit apabila tempoh sewaan bersama Giant tamat.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!