Tujuh pemain warisan baharu bakal perkuat Harimau Malaya

Tunku Mahkota Ismail mengharapkan kerajaan dapat membantu dalam proses urusan pasport untuk pemain warisan. Foto Facebook Johor Southern Tigers
Tunku Mahkota Ismail mengharapkan kerajaan dapat membantu dalam proses urusan pasport untuk pemain warisan. Foto Facebook Johor Southern Tigers
A
A
A

PEMANGKU Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail mendedahkan sekurang-kurangnya tujuh pemain warisan telah dikenal pasti dan boleh memperkuatkan Harimau Malaya.

Baginda yang juga pemilik Johor Darul Ta'zim (JDT) turut mengharapkan kerajaan dapat membantu dalam urusan pasport bagi membolehkan kesemua pemain itu mewakili negara pada Pusingan Ketiga Kelayakan Piala Asia 2027.

"Kami telah mengenal pasti 6-7 pemain warisan untuk pasukan Harimau Malaya.

"Diharapkan kerajaan Malaysia dapat membantu dalam proses mendapatkan pasport Malaysia agar mereka dapat bermain untuk Harimau Malaya pada kelayakan Piala Asia 2027 mulai bulan Mac ini.

"Mustahak Harimau Malaya memulakan kempen kelayakan dengan keputusan yang positif," kata baginda dalam satu hantaran di laman Facebook Johor Southern Tigers.

Pencarian pemain warisan untuk mewakili negara itu dibuat sebagai sebahagian daripada proses penstrukturan dan revolusi Harimau Malaya yang sedang rancak berlaku ketika ini.

Proses revolusi itu sebelum ini telah mengumumkan beberapa jawatan penting dalam penstrukturan Harimau Malaya seperti pengendali baharu Harimau Malaya iaitu Peter Cklamovski dari Australia dan bekas pengendali Kedah, Nafuzi Zain untuk mengemudi skuad bawah 23 tahun negara.

Selepas itu, jawatan paling penting iaitu Ketua Pegawai Eksekutif pasukan yang digalas oleh Rob Friend dari Kanada disusuli pelantikan Dr Craig Duncan dari Australia sebagai Ketua Prestasi Tinggi dan Perubatan Sukan Pasukan Kebangsaan.

Tunku Mahkota Ismail yang menjadi antara tulang belakang kepada proses revolusi itu turut mencadangkan penyerang JDT, Bergson da Silva dan pemain sayap Sri Pahang FC, Manuel Hidalgo dinaturalisasikan bermain untuk skuad negara.

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!