JKDM nafi batal notis tuntutan jualan, penalti Carlsberg

Laporan pembatalan notis tuntuan jualan Carlsberg oleh sebuah portal berita semalam.
Laporan pembatalan notis tuntuan jualan Carlsberg oleh sebuah portal berita semalam.
A
A
A

ISKANDAR PUTERI - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) menafikan laporan berhubung pembatalan notis tuntutan cukai jualan dan penalti ke atas Syarikat Carlsberg Malaysia (Carlsberg) yang dilaporkan oleh sebuah portal berita semalam.

JKDM menerusi kenyataannya hari ini menegaskan, laporan tersebut merujuk kepada laporan bertajuk 'Lim Guan Eng DAP arah Kastam batal tuntutan cukai jualan, penalti RM20.65 juta kepada Carlsberg'.

"JKDM ingin menegaskan bahawa tindakan untuk membatalkan Notis Tuntuan (Bill Of Demand) dan penalti ke atas Carlsberg Malaysia atas sebab-sebab perundangan yang mana syarikat ini telah membawa isu tersebut ke Mahkamah Tinggi dan keputusan telah menyebelahi syarikat tersebut.

"Mahkamah Rayuan telah mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi. Oleh itu, laporan yang didakwa portal berita berkenaan adalah tidak benar," katanya dalam kenyataan di sini.

Terdahulu, portal berita berkenaan melaporkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mengarahkan jabatan berkenaan yang juga di bawah Kementerian Kewangan membatalkan notis tuntutan cukai jualan dan penalti kepada Carlsberg Malaysia.

Portal berita itu turut menyatakan Carlsberg dilaporkan dalam pemfailan kepada Bursa Malaysia melaporkan menerima surat daripada pengarah Jabatan Kastam Selangor berhubung perkara itu.

Katanya, pembatalan notis tuntutan cukai jualan berjumlah RM13.76 juta dan penalti RM6.88 juta bagi 1 Julai 2011 hingga 14 Jan 2014 itu berkuat kuasa 15 Jan lalu.

"Pada September 2014, Carlsberg dilaporkan berkata, Jabatan Kastam Selangor menuntut duti eksais berjumlah RM35.7 juta, cukai jualan sebanyak RM13.76 juta dan penalti RM6.88 juta mulai 1 Julai 2011 hingga 14 Jan 2014.

Artikel Berkaitan:

"Syarikat itu bagaimanapun menolak liabiliti ke atas tuntutan itu dan akan mendapatkan nasihat berhubung perkara berkenaan," katanya.