X

Kindly register in order to view this article
!

#VIRAL (VIDEO) Sajat tidak pernah insaf, kata Mujahid

A
A

SHAH ALAM - Usahawan kosmetik, Muhammad Sajad Kamaruzzaman atau Sajat tidak pernah insaf melakukan perbuatan yang dilaknat oleh ALLAH walaupun telah menerima teguran daripada pelbagai pihak.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof berkata, teguran oleh masyarakat terhadap Sajat bukanlah perkara baharu, malah tindakan itu telah dilakukan sejak 2013.

"Sajat yang memperagakan pakaian dan aksi yang memalukan budaya dan norma serta aksi lembut melampau yang bertentangan dengan syariat dan penciptaan seorang lelaki telah ditegur masyarakat dan netizen sejak 2013 lagi.

"Namun, dia seolah-olah tidak pernah merasa insaf dan bersalah. Dia tidak pernah nak baiki diri dia malah semakin lagi galak yang menunjukkan dia tidak kisah semua ini dan tidak ada perkiraan langsung dia kepada sensitiviti yang ada kepada masyarakat," katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu rakaman video yang dimuat naik di Facebooknya yang kini meraih 5,000 tontonan dan 236 tanda suka.

Dalam pada itu, Mujahid berkata, tidak dinafikan Sajat mempunyai sifat lembut yang merupakan pemberian ALLAH, namun ia bukan lesen kepadanya untuk mempamerkan dengan pelbagai bentuk dan gaya yang telah melanggar syariat.

"Usah kata lelaki atau perempuan memang tak boleh kerana isunya ialah dengan mempamerkan kata perlakuan tidak senonoh itu sendiri boleh menyebabkan isu moral, itu tak kira Sajat tak kira siapa.

"Kalau Sajat lagilah kerana menjadi tumpuan orang ramai dengan dia punya aksi- aksinya yang dipamerkan dan ditontonkan kepada orang awam mengundang kemarahan orang ramai," katanya.

Sementara itu, rata-rata netizen bersetuju dengan kenyataan Mujahid dan mengharapkan agar kerajaan mengambil tindakan undang-undang terhadap perbuatan yang telah dilakukan oleh Sajat.

"Yang ini aku setuju dengan Menteri. Betul, lama dah sangat orang tegur Sajat dan banyak dah bukti mengatakan Sajat itu lelaki, saya berharap agar kerajaan ambil tindakan atas perbuatannya," tulis Idris Zahriz di Facebook.

Suliana Ibrahim pula memberitahu, "Saya harap kerajaan ambil tindakan terhadap Sajat lebih lebih lagi perbuatannya ketika menunaikan Umrah. Itu adalah perbuatan yang paling tidak disangka-sangka Sajat berani untuk melakukannya."

Link video

https://www.facebook.com/DrMujahidYusofRawa/videos/670312426841934/?epa=SEARCH_BOX


Dapatkan informasi dan statistik terkini penularan wabak Covid-19 di Malaysia di sini: https://info.sinarharian.com.my/koronavirus