Mangsa bot terbalik ditemukan tanpa tangan kiri, dipercayai dibaham buaya

Mayat mangsa ditemukan tidak jauh dari lokasi dia diserang buaya dalam kejadian di Kampung Bilit, Kinabatangan.
Mayat mangsa ditemukan tidak jauh dari lokasi dia diserang buaya dalam kejadian di Kampung Bilit, Kinabatangan.
A
A
A

KINABATANGAN - Lelaki yang dilaporkan hilang akibat diserang buaya ditemukan dalam keadaan tidak sempurna tidak jauh dari lokasi bot dinaiki karam di Kampung Bilit di sini pada pagi Jumaat.

Mayat Maznin Kahar, 40, ditemukan pada jam 6 pagi dalam keadaan terapung dan tangan sebelah kirinya hilang dipercayai dibaham buaya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kinabatangan, Nurul Azlan Shah Jamalludin berkata, pihaknya menerima panggilan bahawa mayat mangsa telahpun ditemukan.

Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.
Mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.

"Mangsa berjaya ditemui oleh orang awam pada jarak satu kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan dibaham buaya.

"Mangsa ditemukan dalam keadaan terapung dan hasil pemeriksaan tangan mangsa sebelah kiri sahaja yang tidak ditemui," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.

Nurul Azlan Shah berkata, mayat kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

"Operasi ditamatkan selepas memastikan keadaan di lokasi selamat," katanya.

Sinar Harian pada Khamis melaporkan Maznin diserang buaya selepas bot yang dinaiki bersama tiga lagi rakan sekerjanya terbalik dalam kejadian di Sungai Kampung Bilit di sini pada awal pagi Khamis.

Artikel Berkaitan:

Dalam kejadian kira-kira jam 1 pagi itu, tiga rakan mangsa sempat menyelamatkan diri.

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!