Koleksi Kupu-kupu

No Image Caption
A
A
A

Koleksi pelbagai spesis kupu-kupu dan rama-rama yang telah diawet yang terdapat di Borneensis Gallery Universiti Malaysia Sabah hari ini.

Kupu-kupu dan rama-rama masing-masing secara umumnya dapat dibezakan dari segi struktur dan warna spesis itu, kata Pensyarah Kanan Institut Biologi Tropika dan Pemuliharaan Universiti Malaysia Sabah (UMS) Dr Nazirah Mustaffa.

Beliau berkata kupu-kupu mempunyai sesungut yang berbentuk seakan-akan palu (tukul) dihujungnya sementara rama-rama mempunyai banyak variasi pada sesungut antaranya seperti jarum atau berbentuk seperti insang.

“Semasa dalam keadaan berehat, kupu-kupu biasanya akan melipat sayapnya menegak ke atas sementara rama-rama akan membiarkan sayapnya dalam keadaan mendatar dan rama-rama terbesar adalah dari genus Attacus (yang boleh ditemui di hutan hujan tropika termasuk di Borneo yang mempunyai bukaan sayap sehingga 24 sentimeter),” katanya kepada Bernama. Foto Bernama

Artikel Berkaitan:

Muat turun aplikasi Sinar Harian. Klik di sini!