Ahli kecewa pemilihan Bersatu Tapah

Ahli Bersatu Cawangan Bukit Pagar kecewa dan sepakat tidak mengundi dalam pemilihan parti kali ini.
Ahli Bersatu Cawangan Bukit Pagar kecewa dan sepakat tidak mengundi dalam pemilihan parti kali ini.
A
A
A

TAPAH - Seramai 20 ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) cawangan Bukit Pagar melahirkan rasa kecewa apabila pemilihan Bersatu Bahagian Tapah didakwa dilaksanakan tanpa ketelusan.

Seorang ahli yang enggan mendedahkan namanya berkata, pemilihan bahagian itu seolah-olah diaturkan bagi mengekalkan kepimpinan sedia ada meskipun dicabar oleh dua calon lain kali ini.

"Ahli berasa sangat kecewa dengan pemilihan bahagian kali ini. Kita syak segala urusan dan perjalanan pemilihan kali ini yang diurus oleh parti nampak ke arah mengekalkan ketua bahagian sedia ada.

"Selain itu, pemilihan calon bertanding sebelum ini dipertikaikan. Ada unsur sabotaj supaya orang itu tidak dapat bertanding, status ahli cawangan, notis mesyuarat pastikan orang berkenaan tidak hadir dan macam-macam lagi yang dibuat," katanya kepada Sinar Harian di sini hari ini.

Menurutnya, kesemua ahli sepakat untuk tidak mengundi sebagai tanda kekecewaan terhadap isu yang timbul pada pemilihan kali ini.

"Kami mempertikaikan ketelusan dalam pemilihan parti kali ini," katanya.

Artikel Berkaitan: