Pasar Besar Kedai Payang
22 Disember 2024 04:18pm
Masa membaca: 4 minit
Pengunjung memilih rantai kunci penyu sebagai cenderahati ketika tinjauan sempena cuti sekolah hari ini.
Patung penyu menjadi pilihan orang ramai yang berkunjung ke Pasar Besar Kedai Payang ketika tinjauan sempena cuti sekolah hari ini.
Pengunjung berkesempatan mengunjungi Pasar Besar Kedai Payang untuk mendapatkan keropok lekor, keropok keping dan pelbagai makanan lain semasa tinjauan sempena cuti sekolah hari ini.
PENGUNJUNG berkesempatan mengunjungi Pasar Besar Kedai Payang untuk membeli-belah sempena cuti persekolahan hari ini.
Meskipun cuaca di Terengganu sering hujan ekoran Monsun Timur Laut (MTL) sehingga dilanda banjir baru-baru ini, namun tidak menghalang pelancong tempatan membanjiri lokasi tumpuan di sekitar negeri ini.
Antara lokasi yang menjadi tumpuan seperti Pasar Besar Kedai Payang, Jambatan Angkat Kuala Terengganu, Muzium Terengganu dan Pantai Batu Buruk.