Usul undi percaya Pas tidak sama situasi di Lubnan

Hantaran yang dibuat oleh Mohamed Hanipa di Facebooknya berkaitan perbezaan usul undi percaya kepada Perdana Menteri yang dibawa oleh Pas dengan situasi yang berlaku di Lubnan baru-baru ini. Gambar kiri: Mohamed Hanipa Maidin
Hantaran yang dibuat oleh Mohamed Hanipa di Facebooknya berkaitan perbezaan usul undi percaya kepada Perdana Menteri yang dibawa oleh Pas dengan situasi yang berlaku di Lubnan baru-baru ini. Gambar kiri: Mohamed Hanipa Maidin
A
A
A

SHAH ALAM - Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Hanipa Maidin berkata, usul undi percaya kepada Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang cuba dibawa oleh Pas tidak boleh disamakan dengan situasi di Lubnan baru-baru ini.

Walaupun tidak menamakan parti atau pemimpin, namun ia merujuk kepada usul undi percaya Pas dan kenyataan terbaru Presiden parti itu, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mempertahankan usaha mereka.

Beliau mendakwa, Abdul Hadi terlalu cepat membuat kesimpulan dan mungkin berpegang kepada sebahagian laporan media antarabangsa yang menggunakan istilah undi percaya di Parlimen Lubnan kepada Perdana Menterinya, Hassan Diab.

Sebaliknya, Mohamed Hanipa berkata, apa yang berlaku di Lubnan sebenarnya ialah undi tidak percaya terhadap Hassan yang menggantikan Saad Hariri dan seluruh Kabinetnya.

"Namun begitu, undi tidak percaya itu gagal. Jadi berita yang ditulis ialah undi percaya.

"Tindakan mengambil Presiden secara membuta tuli seperti berlaku di Lubnan itu nampak sangat-sangat tidak bijak dan tidak cermat. Lihat kepada konteks di Lubnan sebelum nak bercakap dan membuat kesimpulan," katanya menerusi hantaran di Facebooknya hari ini.

Sebelum ini Abdul Hadi mempertahankan usaha Pas membentangkan undi percaya kepada Dr Mahathir di Parlimen.

Katanya, perkara tersebut selari dengan proses demokrasi dan ia diamalkan di Lubnan baru-baru ini.

Artikel Berkaitan: