X

Kindly register in order to view this article
!

Kit Siang dedah pembangkang lancar serangan 'torpedo'

Lim Kit Siang
A
A

SHAH ALAM - Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang mendedahkan serangan 'torpedo' dirancang oleh pembangkang terhadap kerajaan Pakatan Harapan (PH) menjelang pertemuan Majlis Pimpinan PH pada Jumaat ini.

Ahli Parlimen Iskandar Puteri itu berkata, serangan yang bermula sejak minggu lalu itu menyaksikan pelbagai plot, teori konspirasi termasuk berita palsu mengenai akuan bersumpah oleh 138 ahli Parlimen yang menyokong Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sehingga Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

"Terdapat konspirasi pembangkang dan perancang untuk serangan torpedo terhadap kerajaan PH sebelum PRU15 namun mereka telah tersalah membaca rentak dan komitmen pemimpin PH untuk menetapkan semula dasar membina negara dan membangunkan bakat rakyat.

"Kerajaan PH akan memanfaatkan keempat-empat tamadun besar yang bersatu membentuk Malaysia dan membangunkan negara ini menjadi negara kelas dunia dan mengakhiri Malaysia sebagai negeri kleptokrat, yang tidak masuk akal dan gagal," katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

Kit Siang berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Khamis lalu selepas mengadakan perbincangan bersama Dr Mahathir berhubung isu peralihan kuasa.

ARTIKEL BERKAITAN: 'Ada muslihat licik, tapi Tun M tetap pegang pada janji'

Pas teguh bawa undi percaya Tun M, kata Hadi

Pas tetap sokong kepimpinan Dr Mahathir

Anwar mendedahkan terdapat tindakan daripada wakil rakyat Pas, UMNO dan PKR yang dipercayai berusaha mendapatkan tandatangan menyokong kepimpinan Perdana Menteri sehingga akhir penggal.

Bagaimanapun, Anwar berkata, beliau cenderung supaya Dr Mahathir terus menerajui negara sehingga selesai Sidang Kemuncak APEC dan perkara itu akan dimuktamadkan pada Mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) pada 21 Februari ini.

Laporan Sinar Harian berkaitan pertemuan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad Khamis lalu.
Laporan Sinar Harian berkaitan pertemuan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad Khamis lalu.

Dalam pada itu, Kit Siang mengajak supaya semua ahli Parlimen untuk bersama-sama menjadikan sidang Dewan Rakyat pada 9 Mac ini sebagai satu sejarah penting untuk negara.

"Marilah kita menjadikan mesyuarat Parlimen ini yang paling penting, bukan sahaja dalam sejarah kerajaan PH selama 22 bulan tetapi dalam sejarah negara, dengan melaksanakan paling banyak janji PH untuk Malaysia Baharu dalam PRU14," katanya.