Isteri maut, suami parah dalam kemalangan

Salah seorang mangsa dibawa ambulans ke HTAJ Sabak Bernam.
Salah seorang mangsa dibawa ambulans ke HTAJ Sabak Bernam.
A
A
A

SABAK BERNAM - Seorang wanita maut manakala suaminya parah selepas motosikal ditunggang mereka melanggar sebuah kereta jenis Proton Wira di Jalan Parit 5 off Jalan Tengah Parit 4 Timur, Sungai Besar di sini hari ini.

Kejadian jam 9.30 pagi itu mengakibatkan wanita yang membonceng motosikal itu meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd Alias berkata, pasangan suami isteri warga emas itu dalam perjalanan dari Chenderong Balai, Perak ke Loji Sungai Burung.

"Namun sejurus keluar dari Simpang 4 Jalan Parit 5 Timur, motosikal mereka melanggar kereta tersebut.

"Kemalangan itu mengakibatkan isteri penunggang motosikal meninggal dunia di tempat kejadian dan dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ) untuk proses bedah siasat.

"Penunggang motosikal yang cedera parah dirawat di Unit Kecemasan HTAJ Sabak Bernam dan akan dirujuk ke Hospital Sungai Buloh," katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ)1987.

Artikel Berkaitan: